syukur..alhamdullilah....

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 29, 2011

minta izin @ bagitau...( sharing its caring )


"Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini, saya makin banyak menerima kes daripada klien lelaki. Bukannya seronok kerana berpeluang bertemujanji dengan lelaki tetapi bersyukur kerana saya diberikan kepercayaan untuk mendengar dan memberikan jalan penyelesaian terhadap kes-kes mereka. Terkini, seorang suami bertemujanji menerusi penggilan telefon, meminta kepastian tentang ketaatan yang wajib bagi seorang isteri terhadap suaminya termasuk tentang izin keluar rumah dan melakukan sesuatu tindakan.

Menurut lelaki ini, isterinya selalu memberitahu
nya tentang sesuatu tindakan atau untuk keluar rumah tika perbuatan atau tindakan tersebut hampir berlaku. Contohnya: "I dah janji dengan kawan nak ke pecan jam 3 ni." Masa tu, hanya beberapa minit ke jam 3 dan si isteri dah pun bersiap nak keluar. Nak larang? Mesti bergaduh besar la, katanya.
Saya yakin, bukan lelaki tersebut sahaja menghadapi masalah sedemikian kan. Ya! Tindakan dan perlakuan si isteri yang serupa kes tadi bukanlah satu tindakan yang dibenarkan oleh syarak. Hukum syarak menetapkan seorang isteri perlu mendapatkan izin suami untuk melakukan apa juga tindakan dan perbuatan termasuk untuk keluar daripada rumah walaupun untuk bekerja, ke pasar atau tika berdepan dengan kes-kes kecemasan. Diriwayatkan pada zaman Rasulullah SAW, seorang isteri diberikan pengiktirafan oleh baginda Rasul kerana tahap ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada si suami. Menurut riwayat, si suami terlibat dalam perang berjihad ke jalan Allah.

Dalam tempoh tersebut, si isteri yang ditinggalkan di rumah didatangi seorang saudaranya daripada kampung mengkhabarkan tentang ayahnya yang sakit tenat. Si isteri hanya menjawab: "Baliklah dahulu. Suamiku tiada di rumah." Tak lama, saudara tadi berjumpa sekali lagi dengan si isteri, mengkhabarkan ayahnya telah meninggal dunia. Si isteri masih berikan jawapan yang sama: "Baliklah dahulu. Suamiku tiada di rumah." Tidak lama, si suami pulang daripada berjuang. Si isteri memberikan sepenuh layanan kepada si suami termasuk layanan intimasi. Bila yakin si suami mendapat layanan sebaiknya, barulah si isteri mengkhabarkan berita tentang ayahnya. Saya yakin, anda boleh baca tentang kisah ini dalam banyak buku panduan wanita dan isteri solehah.

Dalam konteks perbincangan kali ini, kisah ini adalah sebagai panduan betapa seorang isteri perlukan izin daripada suami dalam setiap perkara hatta kes kecemasan sekalipun. Memang itu kehendak hukum syarak, bukan kata saya atau kata alim ulamak lainnya. Dapatkan izin ya dan bukan beritahu. Terdapat perbezaan yang besar antara dapatkan izin dan beritahu. Kalau anda beritahu dan suami tak izinkan, anda tak boleh lakukan perkara yang anda hajati tersebut. Lantaran, bagi memudahkan urusan dalam kehidupan seharian, saya selalu praktikkan meminta izin daripada suami secara umum: Saya mohon izin untuk keluar rumah bekerja dan lakukan perkara-perkara yang penting dan perlu untuk keperluan diri dan keluarga. Bukan bererti dengan izin umum tersebut, tak perlu lagi izin suami. Masih perlu tetapi izin umum tersebut jika dalam keadaan suami tiada di depan mata saya atau sukar nak hubungi suami.

Namun, dalam zaman serba mudah dan canggih ini, tiada erti susah dan sukar nak dapatkan izin suami. Sekelip mata, anda boleh maklumkan dan dapatkan izin suami. Paling penting, perancangan awal. Jangan pulak dah janji dulu dengan kawan kemudian baru minta izin dan cakap pulak, dah janji dengan kawan. Itu ertinya memaksa suami bagi izin. Kalau izin dalam keadaan terpaksa, sama lah seperti izin tanpa rela dan redha suami. Jika terjadi apa-apa kesan daripada izin terpaksa tersebut, anda boleh dinobatkan sebagai isteri nusyuz.

Walaupun begitu, terdapat pengecualian di dalam perkara tertentu iaitu hal keganasan rumahtangga, tika membelanjakan wang hasil pendapatan sendiri dan hal-hal keselamatan. Jika anda adalah mangsa keganasan rumahtangga, sering dipukul dan dibelasah oleh suami, tak perlulah dapatkan izin suami untuk keluar rumah nak buat aduan ke balai polis dan dapatkan pemeriksaan perubatan. Janganlah lurus bendul pulak. Jika anda adalah mangsa keganasan dan anda mula bimbang dengan keselamatan diri anda dan anak-anak, anda boleh keluar daripada rumah walau tanpa pengetahuan atau izin suami tetapi pastikan anda buat aduan ke balai polis berhampiran dahulu. Nyatakan tujuan anda keluar kerana bimbangkan keselamatan diri anda dan anak (jika ada) disebabkan tindakan suami yang bertindak membahayakan keselamatan dan nyawa anda. Kemudian, buat aduan ke pejabat agama pula. Ingat!! Hanya yang membahayakan keselamatan. Jangan merajuk ja dah keluar rumah kemudian buat laporan polis.

Dalam membelanjakan hasil pendapatan sendiri, tak perlukan izin suami tetapi suami boleh memantau dan campurtangan jika perbelanjaan yang dibuat bukanlah perbelanjaan yang perlu dan wajar menurut syarak. Dalam kes keselamatan berkaitan penyakit atau kelahiran, jika doktor mengesahkan anda perlu lakukan sesuatu demi keselamatan nyawa anda tetapi suami tidak izinkan, tika ini anda boleh mengenepikan izin suami. Dengan syarat, membahayakan nyawa. Bukannya kemaslahatan sosial atau kewangan ya...Perkahwinan adalah perkongsian, hormatilah pasangan anda dengan dapatkan izin untuk lakukan sesuatu, bukan hanya izin suami tetapi juga izin dan beritahu isteri... kerana isteri berhak ke atas anda, sama seperti anda juga berhak ke atas isteri anda... ( copy paste from 'TOK WAN' fb